Ramai murid merasakan subjek Sains adalah susah. Sebenarnya Sains merupakan satu subjek yang menarik dan mudah dipelajari sekiranya dilakukan dengan cara yang betul. Berikut adalah beberapa cara yang difikirkan boleh memudahkan proses pembelajaran Sains.
a) Buat ulangkaji selalu.
Jangan biarkan topik-topik bertambah sebelum memulakan ulangkaji. Ulangkaji awal supaya anda tidak menyesal dan panik melihat banyak topik yang belum diulangkaji.
b) Belajar Sains setiap minggu.
Tidak kisah apa jenis Sains, belajarlah Sains setiap minggu. Jangan asyik mempelajari subjek-subjek lain sahaja. Siapkan kerja rumah dan latihan yang diberikan dan tidak menunggu sehingga peperiksaan hampir tiba.
c) Cuba buat semua bentuk soalan.
Buat semua bentuk soalan, sama ada soalan aneka pilihan (objektif), struktur (subjektif) atau essei. Jangan hanya memilih bentuk2 soalan yang disukai sahaj. Beli buku-buku kerja yang memberikan model jawapan. Dengan cara begini, anda boleh membandingkan jawapan anda dgn contoh/model jawapan yang diberikan.
d) Beli buku-buku soalan tahun-tahun lepas.
Tujuannya adalah supaya anda dapat membiasakan diri dgn bentuk-bentuk soalan peperiksaan. Anda juga akan tahu cirri-ciri soalan yang kerap keluar dalam peperiksaan.
Cuba jawab soalan2 ini selalu supaya secara tidak langsung anda akan tahu bentuk & ciri soalan yg kerap keluar dlm peperiksaan.
Dgn cara begini juga, anda akan mempelajari banyak topik kerana dlm proses mencari jawapan, anda secara tidak langsung membaca & mempelajari fakta2 bagi sesuatu tajuk.
e) Belajar secara teratur.
Fungsi (bagi setiap struktur seperti sel, organ, bahan, anda mesti tahu apa fungsinya).
Ciri-ciri (apa ciri2 proses tertentu dalam sel seperti mitosis, meiosis...)
Di mana (fikirkan tentang di mana sesuatu proses itu berlaku, sebagai contoh fotosintesis)
Contoh (mesti boleh memberikan contoh-contoh spesifik seperti contoh-contoh asid)
Kesan (banyak soalan yang akan bertanya tentang kesan yang mungkin berlaku bagi sesuatu proses atau kejadian. Sebagai contoh kesan baik dan buruk penggunaan kimia dalam makanan atau penggunaan teknologi dalam kehidupan)
Faktor (ketahui apa faktor-faktor yang boleh memberi kesan ke atas sesuatu proses atau kejadian seperti kadar penyejatan atau kadar fotosintesis)
Graf (kaji dan pelajari graf)
Kenapa (selalu tanya diri anda mengapa. Sebagai contoh mengapa darah boleh membeku, kenapa berlaku kejadian siang dan malam. Soalan-soalan begini membolehkan anda mencari jawapan atau penjelasan)
Melukis & melabel (kaji diagram atau gambar dengan teliti. Buat latihan melukis dan melabelnya tanpa melihat diagram asal)
Definisi (bila mempelajari sesuatu yang baru, pastikan anda tahu menyatakan atau menulis definisinya. Sebagai contoh, apa maksud fotosintesis, apa maksud respirasi, dan sebagainya...)
Bila anda belajar Sains dengan cara yang betul dan sesuai, anda sebenarnya mula menjawab Sains dengan lebih baik. Persiapan yang rapi akan menambah lagi tahap penguasaan anda dalam Sains. Jadi, berusahalah dan teruslah mempelajari Sains.
No comments:
Post a Comment